Saturday, December 5, 2009

Info Cili Fertigasi : Panduan Menyemai Benih Cili Fertigasi

Dalam video dibawah saya bawakan info berkenaan Panduan Menyemai Benih Cili Fertigasi
yang saya perolehi daripada youtube. Di dalam video ini 'pakar' kaedah fertigasi FitriEddie berkongsi berkenaan cara-cara menyemai Benih Cili Fertigasi.

Penerangan saudara Fitri ini dibuat dengan cara yang mudah difahami dan disusuli dengan praktikal. Jadi, sila saksikan video tersebut dibawah. :)



Di bawah ini saya bawakan frequently asked question F.A.Q berkenaan kaedah Tanaman Cili fertigasi.

SOALAN 1 : Tanah apakah yang bagus untuk tanaman cili fertigasi?

JAWAPAN : Gunakan campuran tanah yang agak longgar dgn bahan humus kerana tanaman cili tidak boleh menggunakan tanah yg menyimpan air terlalu lama terutamanya selepas pukul 6 pm.Ini kerana akar pokok cili memerlukan udara yg cukup utk pernafasan di waktu malam.Jika tidak,banyak bunganya akan gugur pada keesokan paginya kerana akar lemas & akan mengurangkan penghasilan buah.Bolehlah gunakan campuran tanah kompos/organik + arang sekam + sedikit pasir.

SOALAN 2 : Dimanakah anda boleh mendapatkan tanah yang dalam guni tersebut? Berapakah Anggaran kos untuk 1 ekar?

JAWAPAN : Tanah itu dipanggil peat-moss, khas untuk menyemai benih. Ia boleh digunakan sebagai media tanaman tetapi tak 'cost effective' sebab harganya ialah di antara rm28 ke rm35 untuk 1 beg/25kg (bergantung kepada supplier & peruncit). 1 beg boleh digunakan untuk menyemai sekurang-kurangnya 50 tray semaian (atau 5000 unit semaian). Ia boleh didapati di kebanyakan kedai2 pembekal peralatan pertanian atau kedai baja

1 comment:

  1. Perlukah kita merendam benih cili 6-8 jam sebelum dipindahkan ke tray semaian?

    Selepas semai adakah benih perlu dijemur terus di bawah cahaya matahari setiap hari atau dibiarkan di dalam plastik hitam sehingga bercambah?

    ReplyDelete