Buletin Teknologi MARDI, Bil. 1(2012): 89– 96
Penanaman cili menggunakan sistem fertigasi terbuka
(Cultivation of chilli using open fertigation system)Yaseer Suhaimi Mohd., Mahamud Shahid, Mohamad Abd. Manas dan Abdul Kadir Yusoff
PengenalanTeknologi fertigasi merupakan teknik penanaman yang telah terbukti memberi kesan yang baik pada tanaman sayuran dan buah-buahan. Fertigasi adalah gabungan dua perkataan Inggeris iaitu fertilizerdan irrigation.
Dalam sistem ini, pembajaan dan pengairan dilakukan secara serentak. Sistem fertigasi juga ialah satu kaedah tanaman alternatif bagi mengelakkan penyakit bawaan tanah (soil borne disease) seperti pitium, di samping meningkatkan hasil tanaman. Penyakit bawaan tanah seperti pitium dan fusarium mengurangkan dan merosakkan hasil tanaman. Pengeluaran hasil buah cili, melon wangi dan tomato telah meningkat sebanyak 3–5 kali ganda berbanding dengan cara penanaman secara konvensional. Permintaan petani dan usahawan untuk menggunakan sistem ini semakin meningkat, terutama untuk penanaman cili.
Modal permulaan yang tinggi terutama kos pembinaan struktur pelindung hujan (SPH) telah membantutkan penggunaan teknologi ini dalam kalangan pengusaha cili. Tujuan penggunaan struktur pelindung hujan adalah untuk mengelak baja yang diberikan ke pokok menjadi cair apabila waktu hujan serta mengelakkan penyakit kulat seperti antraknos dan hawar pucuk. Walau bagaimanapun, dengan kaedah pengurusan tanaman yang terkini, penanaman cili dapat dijalankan dengan sistem fertigasi terbuka. Penanaman cili menggunakan sistem fertigasi terbuka ini dapat diaplikasikan untuk pengeluaran cili padi dan cili merah
Dapatkan Kertas Penyelidikan lanjut ini daripada eBuletin Mardi melalui link berikut
No comments:
Post a Comment