Sunday, October 25, 2020

Projek Tanaman Cili Fertigasi Membuahkan Hasil Lumayan

 

Projek Tanaman Cili Fertigasi Membuahkan Hasil Lumayan. 

- Kisah kejayaan dari portal PerakToday.com

Projek Tanaman Cili Fertigasi Membuahkan Hasil Lumayan

BAGAN SERAI: Semangat kental seorang suri rumah untuk membantu meningkatkan pendapatan keluarganya membuahkan hasil apabila perusahaan penanaman cilinya telah berjaya.

Norehan Kassim 42, yang berasal dari Sungai Kepar, Simpang Empat Semanggol, telah memulakan penanaman cili secara fertigasi sejak awal tahun ini, dan kini, beliau berjaya memperolehi hasil lebih RM1,000 sebulan.

“Sebelum ini, saya cuma mengurut di rumah. Suami saya, Abu Bakar Harun 42, turut mengurut orang kampung selain melakukan kerja-kerja kampung.

“Kemudian saya mengambil kursus selama tujuh bulan dengan Yayasan Kemajuan Sosial Malaysia (YKS) di Bagan Serai, dan saya terus buat projek ini (tanaman cili fertigasi),”katanya ketika ditemui.

Ceritanya lagi, beliau telah mengusahakan tanaman ini secara sendiri dengan dengan bantuan daripada Pertubuhan Peladang Kawasan Gunung Semanggol.

PERAK TODAY 4

“Saya semai sendiri anak benih dan saya menjaga tanaman ini dari A sampai Z. Saya pilih projek tanaman cili sebab ianya jimat.

“Kalau tanaman lain, kos agak mahal. Tambahan pula, harga cili tak jatuh,”ujarnya.

Ujarnya, harga pasaran cili kini berharga RM13 sekilogram manakala harga borong dalam lingkungan RM8 hingga RM9 sekilogram.

“Saya jual di Bagan Serai secara borong. Kadang-kala, ada yang datang ambil sendiri di rumah,”katanya.

Kata Norehan lagi, beliau telah membelanjakan sebanyak RM4,000 hingga RM6,000 untuk projek tanaman yang seluas suku ekar tersebut.

PERAK TODAY 6

Tambahnya lagi, kos tersebut tidak termasuk kos untuk menambak tanah. Kos tersebut hanya untuk menampung dari segi piping, tong peralatan fertigasi dan tenaga.

“Dengan keluasan suku ekar, saya dapat tanam lebih dari 1,600 pokok cili. Satu polibeg ditanam dengan dua pokok cili.

“Sekali kutip, saya boleh dapat dalam 30 hingga 50 kilogram. Cili boleh dikutip dalam tempoh dua minggu selepas pokok berbuah dan pokok cili ini, ada tempoh pantang selama dua minggu sebelum boleh dikutip sekali lagi,”ujarnya.

Menurutnya lagi, penanaman cili secara fertigasi ini turut menghadapi cabaran dan halangannya yang tersendiri.

“Cabarannya adalah seperti serangan serangga perosak seperti lalat buah, ulat pokok dan hamama yang sering menyerang waktu musim kemarau.

“Pada awal tahun, kawasan projek tanaman cili ini terkena banjir. Tapi syukur, hanya lima polibeg sahaja yang musnah. Pokok cili ni tak boleh terkena air yang berlebihan, kalau tak pokok akan mati,”ceritanya.

PERAK TODAY 5

Menurutnya lagi, sehingga kini, beliau hanya menggunakan baja sahaja dan bercadang untuk menggunakan baja organik pada masa akan datang.

“Saya ada juga dapat bantuan daripada Pejabat Peladang dan juga bantuan Jom Tani. Termasuk kali ini, sudah 6 kali saya terima bantuan baja dari Pejabat Peladang dan Bantuan Jom Tani,”katanya.

Ketika ditemui juga, beliau turut memberi nasihat dan melahirkan harapan beliau untuk masa akan datang.

“Projek tanaman cili ini boleh bagi pendapaan lumayan. Tapi perlu buat banyak. Kalau buat sedikit,tak berbaloi.Saya berharap agar saya dapat jadi pembekal anak benih dan juga tenaga pengajar sekiranya boleh,”katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar PPK Gunung Semanggol, Mohd Faisol Shafie berkata, pihaknya akan turut membantu memasarkan mana-mana produk pertanian yang berpotensi untuk dipasarkan.

PERAK TODAY 7

“Di Peladang, kita bukan sahaja pasarkan secara terus..kita pun ada anchor di Bukit Gantang.

“Anchor ini akan kumpulkan semua hasil dari PPK yang berdekatan dan akan pasarkan di kawasan sekitar,”katanya.

Tambahnya lagi, pihaknya akan sentiasa menyalurkan bantuan sekiranya ada usahawan-usahawan yang aktif sebagai salah satu tanda sokongan.

 

https://peraktoday.com.my/2015/08/projek-tanaman-cili-fertigasi-membuahkan-hasil-lumayan/

 

Tanam Cili

Kuala Lumpur: Biarpun mengajar subjek seni visual namun Mohd Izranuddin Jelani mencipta kelainan apabila mampu menyelaras Projek Sekolah Lestari dalam bidang pertanian hingga mampu meraih pendapatan berjumlah RM11,000 hasil tanaman cili fertigasi.

Guru berkenaan mengetuai Skuad Lestari dianggotai lima guru dan 140 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Fatimah Hashim, Taman Daya, Johor Bahru yang mengusahakan projek pertanian terbabit yang dilaksanakan sejak Mei tahun lalu.

Mohd Izranuddin, 40, berkata, segalanya bermula apabila dia menanam lima pokok cili padi jenis centil di rumahnya di Taman Daya kira-kira tujuh tahun lalu.

“Orang tua saya suka makan pedas, tetapi apabila hendak beli di pasar, harganya mahal.

“Jadi, saya cuba menanam lima anak benih cili centil secara kaedah biasa pada 2011 di tepi rumah saja. Apabila hasilnya menjadi, saya mula semangat untuk mendalami ilmu pertanian,” katanya.

Menurutnya, niatnya dipermudahkan apabila takdir menemukan dia dengan seorang pengusaha syarikat pertanian terkenal di Johor dikenali sebagai Sheikh Noh ketika penganjuran satu program karnival pertanian.

 

 



 

 “Saya banyak menimba ilmu daripadanya dan dibimbing mengenai selok belok pertanian termasuk kaedah fertigasi.

“Buat permulaan, saya menjalankan projek tanaman cili fertigasi sebanyak 140 anak pokok ketika mengajar di sekolah lama, SMK Taman Johor Jaya 2 dan hasilnya amat menggalakkan hingga nama saya dikenali dalam kalangan sekolah di sekitar Johor,” katanya.

Menurutnya, sebaik berpindah ke SMK Tun Fatimah Hashim pada April tahun lalu, dia turut membawa idea sama sebelum menubuhkan Projek Sekolah Lestari selepas mendapat kelulusan Pengetuanya Mahidah Kosnan.

“Memandangkan banyak kawasan lapang tidak digunakan, pengetua pada ketika itu menerima cadangan saya untuk menjalankan projek tanaman cili fertigasi dengan kapasiti 500 pokok.

“Akhirnya satu jawatankuasa dibentuk dinamakan Projek Sekolah Lestari dianggotai guru dan pelajar yang berminat mengusahakan pelbagai jenis tanaman dalam usaha menceria dan mencantikkan kawasan sekolah,” katanya.

Bekas wartawan sebuah akhbar tempatan itu berkata, projek terbabit bermula sejak 16 Mei tahun lalu dengan dana permulaan RM15,000 yang diperoleh hasil daripada kutipan guru, kakitangan dan individu.

“Setiap sumbangan dinilaikan dengan saham iaitu sepokok satu saham berharga RM30. Projek ini mendapat sokongan penuh warga sekolah yang berpendapat lebih elok tanah terbiar diusahakan untuk meningkatkan dana pembangunan sekolah.

“Projek tanaman ini diselia saya dengan bantuan ahli Skuad Lestari terlatih terdiri daripada guru dan pelajar yang melakukan penggiliran kerja seperti merumput, membaja, mencantas pokok dan menuai hasil.

“Setiap pelajar diberi token, contohnya RM3 untuk sekilogram cili yang dipetik, malah paling penting mereka seronok mempelajari banyak perkara baru mengenai pertanian,” katanya.

Menurutnya, hasil penanaman cili itu dijual kepada warga sekolah, ibu bapa, rakan sekolah berdekatan selain dihantar ke pasar di sekitar Johor Bahru pada harga lebih murah daripada pasaran.

“Paling membanggakan apabila kami berjaya meraih RM11,000 hasil daripada tanaman cili centil pada musim pertama, manakala pada musim kedua, sebanyak RM6,000 diraih biarpun baru dua bulan hasil dituai.

“Melihat kepada perkembangan positif itu, pada Ogos lalu, kami mula mengusahakan 1,000 bongkah cendawan tiram kelabu, serai, limau kasturi, durian belanda dan pisang tanduk masing-masing 100 pokok serta 20 jambu batu di sekitar kawasan lapang sekolah.

“Projek kedua ini turut mendapat sokongan Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang menyumbang dana pembelian benih,” katanya.

Beliau berkata, kejayaan projek berkenaan menjadi contoh dan penanda aras bukan saja di Johor malah seluruh negara selain mendapat kunjungan pelbagai pihak.

 https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/05/340764/rezeki-cili-centil

 

Berita Cili Fertigasi : Jana pendapatan RM50,000 semusim

 Berita Cili Fertigasi : Jana pendapatan RM50,000 semusim. Artikel SInar Harian

 

AGAN NAKHODA OMAR - Projek tanaman fertigasi cili kulai diusahakan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bernam Jaya mampu menjana pendapatan sebanyak RM50,000 semusim.

Pengerusinya, Datuk Abd Rahman Bakri berkata, projek di bawah Skim Ladang Kontrak Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Selangor itu diusahakan di atas tanah seluas 0.5 hektar di Tebuk Sultan, Kampung Sungai Tengar, di sini.

 

Beliau memberitahu, tanaman culi kulai tahun ini meningkat lebih tinggi berbanding tahun lalu.

"Sebanyak 5,000 pokok cili kulai ditanam pada projek kali ini berbanding hanya 1,900 pokok cili jenis sama, tahun lalu.

"Selepas dua bulan ditanam, pokok cili yang boleh dituai selama empat bulan ini menunjukkan hasil sangat menggalakkan.

"Dalam tempoh 10 hari lalu, kita berjaya memperoleh 2.7 tan metrik dengan secara purata cili ini boleh dijual pada harga RM5 sekilogram kepada pemborong," katanya.

Beliau berkata, pihaknya menyasarkan mengusahakan tanaman itu selama dua musim tahun ini.

"Ini sekali gus bakal memberi pulangan sebanyak RM100,000 kepada PPK Bernam Jaya," katanya.

Abdul Rahman memberitahu, selain itu, PPK Bernam Jaya turut menawarkan beberapa perkhidmatan dan aktiviti ekonomi bagi menambah sumber pendapatan pertubuhan.

Katanya, usaha berkenaan memastikan ahli menikmati keuntungan pertubuhan melalui pulangan dividen.

"Antaranya seperti menawarkan Skim Kredit Ladang Terselia ( SKLT ) kelapa sawit kepada ahli untuk diuruskan sepenuhnya atau membekalkan bahan input sahaja," katanya

Menurutnya, pada masa sama, PPK Bernam Jaya membuka pusat belian pukal kelapa sawit dan menawarkan harga belian yang kompatetif kepada ahli.

"PPK Bernam Jaya juga akan memperkenalkan stesen minyak mini dijangka beroperasi sepenuhnya pada Mac depan," katanya.

 

https://www.sinarharian.com.my/article/11426/EDISI/Selangor-KL/Jana-pendapatan-RM50000-semusim

 

 

Empat sahabat nekad usahakan tanaman cili fertigasi : Berita Cili Fertigasi

 

Empat sahabat nekad usahakan tanaman cili fertigasi

  

SUBUR: Mohd Amiludin menunjukkan cili yang tumbuh subur hasil teknik fertigasi. — Gambar Bernama

PADANG TERAP: Empat rakan karib yang mempunyai kelulusan daripada pelbagai institusi pengajian tinggi dan institusi kemahiran tempatan nekad untuk mengusahakan sebidang tanah terbiar dengan menanam cili secara fertigasi di Kampung Musa, Mukim Pedu di sini.

Berbekalkan modal RM20,000 untuk peralatan tanaman, benih dan penyediaan medium tanah, Mohd Safri Mahmud, 25, Mohd Amiludin Afiz Wahab, 26, Mohd Irfan Azri Anas, 25, dan Mohd Shafiq Hakimi Nordin, 25, baharu sahaja memulakan projek mereka Oktober lalu, dengan menanam 4,000 pokok cili di kawasan tanah seluas kira-kira 0.3 hektar.

Mohd Safri yang merupakan lulusan Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, berkata idea untuk mengusahakan projek itu tercetus selepas beliau memulakan tanaman cili secara kecil-kecilan di tepi rumahnya di sini lebih setahun lalu dengan 1,800 pokok dan mendapat permintaan tinggi.

Beliau berkata selepas melihat potensi dan kejayaan mengusahakan tanaman itu di tepi rumah, tiga rakannya yang masing-masing sebelum ini mempunyai pekerjaan membuat keputusan berhenti kerja dan menyertainya untuk menanam cili.

“Mohd Amiludin sebelum ini bekerja sebagai polis bantuan di Pulau Langkawi, Mohd Irfan Azri sebagai pereka grafik di sebuah pasar raya di Alor Setar dan Mohd Syafiq pula kerja kilang di Sungai Petani. Kesemua ambil keputusan berhenti kerja dan balik kampung tanam cili bersama saya,” katanya ketika ditemui pemberita di tapak projek tanaman itu di sini, semalam.

Mohd Amiludin merupakan lulusan Institut Hasani, Sungai Petani, manakala Mohd Irfan Azri Anas dan Mohd Shafiq Hakimi Nordin lulusan Kolej UNITI, Port Dickson.

Mohd Safri yang mengetuai projek itu berkata, beliau dan rakan-rakannya menggunakan teknik fertigasi bagi tanaman cili mereka kerana menjimatkan masa dan mengehadkan penggunaan tanah selain menjimatkan penggunaan air antara 30 dan 50 peratus berbanding teknik tanaman tradisional dengan menanam terus di atas tanah.

Beliau berkata hasil tanaman mereka juga selamat untuk dimakan kerana menggunakan baja dan vitamin yang dihasilkan sendiri secara organik tanpa penggunaan racun kimia.

“Sistem kawalan air pula lebih cekap untuk memastikan pokok cili mendapat bekalan air dan nutrien secukupnya...sumber air dan nutrien yang mencukupi menjamin kualiti buah cili dihasilkan, berkilat dengan saiz besar dan panjang serta berat.

“Pokok-pokok ini ada diletakkan di atas tanah yang dilapik plastik khas dan sebahagiannya digantung dalam beg tanaman dan dalam dua minggu lagi kami akan tuai hasilnya untuk dijual secara borong atau jual sendiri di kantin sekolah dan pasar pagi,” katanya.

Katanya, beliau dan rakannya menyasarkan setiap pokok yang ditanam mampu menghasilkan dua kilogram cili yang mampu dijual antara RM7 dan RM10 sekilogram.

Menurutnya, hasil pertama tanaman yang baharu diusahakan dua bulan itu dijangka dituai dalam masa dua minggu lagi dengan keseluruhan hasil tuaian dianggarkan berjumlah lapan metrik tan yang mampu menjana pendapatan sebanyak RM60,000.

Bagi Mohd Amiludin Afiz, beliau berharap projek itu dapat membuahkan hasil lumayan dan menyasarkan untuk membuka lebih banyak kebun baharu bagi tanaman itu bagi memenuhi permintaan.

“Saya harap ada bantuan dari pihak berwajib untuk kami buka empat lagi kebun baharu agar hasil pengeluaran berterusan bagi memenuhi permintaan tinggi di pasaran,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Pertanian Daerah Padang Terap, Mohamad Yuzaidi Azmi berkata projek berkenaan yang menggabungkan kawalan tanaman menggunakan kaedah kultura, biologi, dan mekanikal dipilih sebagai ladang contoh oleh Jabatan Pertanian daerah ini.

 “Kebaikan tanaman ini hasilnya lebih selamat untuk dimakan, hasil lebih tahan lama dan berkualiti serta pengeluaran lebih banyak dan pokok mampu bertahan dalam mengeluarkan hasil sehingga enam bulan.

“Kita akan membantu memberi rumah lindungan hujan kepada pengusaha, dan keperluan lain yang sesuai,” katanya ketika dihubungi Bernama, mengenai projek tersebut. — Bernama

 

Penanaman cili menggunakan sistem fertigasi terbuka : Kajian dari eBuletin MARDI

 Buletin Teknologi MARDI, Bil. 1(2012): 89– 96 

Penanaman cili menggunakan sistem fertigasi terbuka

(Cultivation of chilli using open fertigation system)Yaseer Suhaimi Mohd., Mahamud Shahid, Mohamad Abd. Manas dan Abdul Kadir Yusoff 

 


PengenalanTeknologi fertigasi merupakan teknik penanaman yang telah terbukti memberi kesan yang baik pada tanaman sayuran dan buah-buahan. Fertigasi adalah gabungan dua perkataan Inggeris iaitu fertilizerdan irrigation

Dalam sistem ini, pembajaan dan pengairan dilakukan secara serentak. Sistem fertigasi juga ialah satu kaedah tanaman alternatif bagi mengelakkan penyakit bawaan tanah (soil borne disease) seperti pitium, di samping meningkatkan hasil tanaman. Penyakit bawaan tanah seperti pitium dan fusarium mengurangkan dan merosakkan hasil tanaman. Pengeluaran hasil buah cili, melon wangi dan tomato telah meningkat sebanyak 3–5 kali ganda berbanding dengan cara penanaman secara konvensional. Permintaan petani dan usahawan untuk menggunakan sistem ini semakin meningkat, terutama untuk penanaman cili. 

Modal permulaan yang tinggi terutama kos pembinaan struktur pelindung hujan (SPH) telah membantutkan penggunaan teknologi ini dalam kalangan pengusaha cili. Tujuan penggunaan struktur pelindung hujan adalah untuk mengelak baja yang diberikan ke pokok menjadi cair apabila waktu hujan serta mengelakkan penyakit kulat seperti antraknos dan hawar pucuk. Walau bagaimanapun, dengan kaedah pengurusan tanaman yang terkini, penanaman cili dapat dijalankan dengan sistem fertigasi terbuka. Penanaman cili menggunakan sistem fertigasi terbuka ini dapat diaplikasikan untuk pengeluaran cili padi  dan cili merah 

Dapatkan Kertas Penyelidikan lanjut ini daripada eBuletin Mardi melalui link berikut

http://ebuletin.mardi.gov.my/buletin/01/Penanaman%20cili.pdf

Tanam cili merah kaedah fertigasi. Tips dan Panduan.

 

Tanam cili merah kaedah fertigasi. Tips dan Panduan.

 


CILI merah atau Capsicum annum adalah tanaman jangka masa singkat yang bernilai tinggi. Penanaman cili merah di negara ini dijalankan menggunakan kaedah konvensional dan sistem fertigasi.

Bagaimanapun, rata-rata petani menggunakan sistem fertigasi berikutan penanaman cili merah menggunakan teknologi ini terbukti dapat meningkatkan hasil dan mempunyai daya maju yang tinggi.

Kos atau modal permulaan tinggi akan diimbangi hasil pengeluaran yang tinggi. Ia juga terbukti berkesan dalam meningkatkan pertumbuhan dan hasil tanaman cili merah sehingga tiga hingga empat kali ganda berbanding kaedah konvensional.

Teknologi ini juga lebih mesra alam berbanding kaedah konvensional dan mengikut amalan pembangunan pertanian lestari, di samping mematuhi agenda pertanian negara.

Fertigasi berasal dari dua perkataan Inggeris iaitu 'fertilization' dan 'irrigation.' Sistem ini juga satu daripada cabang hidroponik yang antara lainnya ialah seperti Sistem Titis Mikro, Hidroponik Aliran Dalam, Hidroponik Aliran Cetek, Hidroponik statik, Aeroponik dan Pemercik Mikro.

Selain cili, sistem fertigasi juga sangat sesuai bagi tanaman sayur berbuah dan berdaun seperti tomato, timun Jepun, cili merah, terung, melon, cili sayur, strawberi serta pokok hiasan. Ia juga sangat sesuai untuk tanaman yang bernilai tinggi di pasaran.

 

 


Tanaman sistem fertigasi bertujuan mengelak serangan penyakit akar disebabkan serangga kulat seperti pythium, fusarium, rhizoton dan penyakit layu bakteria yang berpunca daripada tanah.

Dalam sistem ini, pembajaan dan pengairan dilakukan secara serentak. Sistem fertigasi juga satu kaedah tanaman alternatif bagi mengelakkan penyakit bawaan tanah (soil borne disease) seperti pitium, di samping meningkatkan hasil tanaman. Penyakit bawaan tanah seperti pitium dan fusarium mengurangkan dan merosakkan hasil tanaman.

Pemilihan dan penyediaan tapak projek fertigasi adalah langkah kritikal dalam menentukan kejayaan projek penanaman cili fertigasi. Penanaman cili fertigasi secara terbuka tanpa menggunakan struktur pelindung hujan ialah kaedah alternatif kepada pengusaha yang ingin menggunakan teknologi fertigasi, tetapi mempunyai modal atau peruntukan yang terhad.

Tapak projek yang dipilih hendaklah mempunyai sumber air bersih seperti air kolam, tasik, sungai, mata air, air bawah tanah (tube well) atau sumber lain.

 

Kualiti air seperti tahap keasidan (pH) perlulah diperiksa terlebih dahulu bagi memastikan air itu boleh digunakan. Nilai pH yang sesuai untuk tanaman cili antara 5.5 hingga 6.5. Nilai pH dapat ditentukan dengan meter pH atau menggunakan kertas litmus.

Penggunaan air paip sangat sesuai dengan mengambil kira penambahan kepada kos utiliti. Tapak projek perlu diratakan supaya aliran air baja yang diberikan kepada pokok adalah sama.

Pemberian kuantiti air baja yang sama kepada setiap pokok adalah penting supaya pokok cili dapat mencapai pembesaran seragam. Selepas selesai kerja menyiapkan tapak, tikar 'silvershine' atau 'weed suppresor' dibentangkan bagi mengelakkan tapak projek daripada ditumbuhi rumpai.

 


Bagi penanaman cili, dua jenis polibeg iaitu bantal dan tegak digunakan. Polibeg berwarna hitam bersaiz kira-kira 50 sentimeter (sm) untuk polibeg bantal dan 40cm untuk polibeg tegak adalah disyorkan.

Penggunaan polibeg hitam lebih tahan lasak dan lama berbanding polibeg putih. Sistem fertigasi bagi penanaman cili mempunyai peralatan lengkap seperti tangki air baja dengan muatan 900 gelen, pam air, pengatur masa, penapis, injap dan paip poli yang terbahagi kepada paip utama, paip sekunder dan paip lateral serta mikro tiub berfungsi membawa larutan nutrien ke setiap beg tanaman.

 



 

Jarak antara baris yang disyorkan ialah 13sm, manakala jarak antara polibeg ialah empat sm serta disusun sebaris bagi memudahkan kerja pengurusan tanaman. Sistem fertigasi perlu dipasang sebelum anak pokok cili dipindahkan ke dalam polibeg. Sistem pengairan juga boleh diautomasikan dengan pemasangan pengatur masa.

Varieti cili hibrid disarankan bagi penanaman secara fertigasi seperti Kulai dan Cili Bangi, manakala bagi cili padi yan berpotensi pula seperti Cili Bara, Centil dan Full Sky. Bagaimanapun, pemilihan varieti bergantung kepada kehendak dan permintaan pengguna bagi memudahkan aktiviti pemasaran.

 

 

artikel asal : https://www.hmetro.com.my/xpresi/2020/01/534380/tanam-cili-merah-kaedah-fertigasi

oleh Zaitie Satibi  - zaisa@hmetro.com.my

 

#cilifertigasi
#cilimerahfertigasi

Saturday, October 24, 2020

Salaam Semua

 Apa khabar?