Saturday, December 5, 2009

Why a Farmer Should Impliment Drip Irrigation Properly With Good Design

Agriculture sector has witnessing the growth and far reach of science and technology. Daily there are various new inventions to help improve the agriculture sector and get the maximum output in less time. Farmers and agriculturist are using new techniques to get benefited from it.

Especially techniques in irrigation are fast catching farmers’ eye as they are need of time and one can get the surprising results by implementing it. Water irrigation is one of the major issues among agriculturist and farmers. In areas where there is shortage of water is major problem, a new concept called “Drip irrigation” has evolved. Also known as Trickle irrigation, in this process, water slowly drips in to the soil to the roots of the tree or the plants. The complete process is implemented on farm soil by using pipes, tubes, valves, tubing and the emitters.

The Dripping can be done on root layer or the soil surface in the farms. Micro spray heads are also used as devices in Drip irrigation. It sprays water in relatively small area than the water emitters. Another type of Drip irrigation called Subsurface irrigation consists of driperlines or drip tape installed permanently or temporarily below the roots.

Drip irrigation system is generally installed on large scale basis. The overall system is little bit complex but after the implementation, the output is wonderful. Various components used in Drip irrigation systems are Filtration systems, Fertigation systems, Backwash controller, pipeline system, Control valves and the safety valve system, poly fittings, poly tubes and accessories, and the emitting devices.

In most of the Drip irrigation system, water clogging is main problem which affects the overall system. Therefore, proper care and maintenance should be taken in filtering and pipeline works. Sometimes, liquid fertilizers are mixed with the dripping water to provide proper treatment to the plants. One can use potable water by joining water treatment plant to the Drip irrigation system. In most cases the recycled water is used in Subsurface Drip irrigation system.

If implemented properly with good design, it can help a lot in water conservation than the flood irrigation system or the water head sprinkler irrigation as it minimize the water usage. The water and fertilizers are utilized effectively and directly to the plant roots.

There is no deep percolation or evaporation. It can even be implemented on uneven surface or soil texture. Also the overall system can be automated to reduce the human work load and reduce the time factor. Thus the modern drip irrigation has become the most useful and important innovation in Agriculture sector.

The article is written by Muna wa Wanjiru, an Agricultural Engineer and Has Been Researching and Reporting on Irrigation for Years. For More Information on Drip Irrigation, Visit His Site at
Drip Irrigation

Cili Fertigasi in Malaysia

'Cili Fertigasi' is the malay spelling for chilli fertigation. Several years ago, modern and young farmers in Malaysia has opted into a new way of farming by using fertigation technique. 

Various types of crops have been tried with this method and has yielded better results in economic returns rather than the conventional method of planting chillies. Farming nowadays is seen as an alternative source of income rather than working in offices as young executives. 

Modern farming and 'cili fertigatisi' or chilli fertigation has become an attraction to fresh graduates to get involve in this lucrative business. In Malaysia nowadays, modern farming is now considered as a 'business' instead of just a traditional village work. 

It is a popular trade as the market price for fertigated chilli has risen from RM1 per kilogram into RM20-25 per kilogram in big cities such as Kuala Lumpur. Just imagine the amount of money a fresh graduate can yield from 1 acre plot of land. Easily RM3,000 to RM6,000 permonth from modern farming works. 

The future is bright for 'Cili Fertigasi' in Malaysia. Several local companies run by the earlier breed of chilli fertigation farmers or 'usahawan' are currently offering training programs with several package to help apprentice farmers to get the right quick start into this fertigation business. Financial institution is also currently making agro-based loans available to help these young entrepeneuers finance their projects. 

There is no reason not to start chilli fertigation. Even draft paperworks for setting up your very own 'Cili Fertigasi' business is made avialable online and you can easily reuse and customize these paperworks to gain approval from financial institution. 

Graduates are adviced to give some consideration and look into modern chili fertigation farming as another lucrative business that they can venture. Cili Fertigasi in Malaysia is growing in the rural area of the country and you can take part in this process too.

 

 




Panduan dari Laman Web Mardi : 

http://ebuletin.mardi.gov.my/buletin/01/Penanaman%20cili.pdf

Kisah Kejayaan : Cili fertigasi beri hasil lumayan

ARKIB : 20/06/2008
Cili fertigasi beri hasil lumayan

Oleh SAFINA RAMLI

Mohd Nasir Ibrahim, (dari kiri) Fakharudin Mat Ali, Mohd Sallehuddin Ibrahim, Suhaimi Latif, Mohammad Ibrahim, Nazri Abdul Majid berjaya menghasilkan purata setan sehari mengutip cili fertigasi di Kampung Hujung Bandar, Sik, Kedah.

--------------------------------------------------------------------------------

“Daripada merempit di luar sana lebih baik anak muda menceburi bidang pertanian yang boleh memberi hasil yang lumayan.’’ Itulah nasihat daripada ketua projek teknologi penanaman cili secara fertigasi, Mohd. Nasir Ibrahim, 29, yang tidak mahu melihat anak-anak muda terus hanyut dan leka membuang masa tanpa melakukan perkara yang boleh mendatangkan manfaat.

Justeru , dia bersama dua saudara, Salehuddin Ibrahim, 26, Mohd. Ibrahim, 32, beserta tiga sahabatnya iaitu Shuhaimi Latef, 40, Fakharudin Mat Ali, 30, dan Nazri Abdul Majid, 39, mengambil keputusan untuk menceburkan diri dalam bidang penanaman cili secara sambilan kerana mahu meningkatkan pendapatan melalui bidang pertanian.

Jika dahulu purata pendapatan mereka hanya di bawah RM1,000 setiap bulan, namun setelah menyertai projek perintis dalam kawasan pembangunan pertanian daerah Sik pendapatan setiap daripada mereka menjangkau RM3,000 sebulan dan purata setahun keuntungan yang diperoleh hasil penjualan cili boleh mencecah RM16,000.

Menurut Nasir yang juga menjalankan kerja-kerja pendawaian di sekitar Sik, sebelum menyertai projek teknologi penanaman cili secara fertigasi, dia hanya menanam cili dengan menggunakan kaedah penanaman tradisional dan hasilnya kurang memuaskan.

“Setelah mengikuti projek ini kami dapati hasil pengeluaran cili bertambah dari semasa ke semasa dan hasilnya semakin baik.

“Kini dalam sehari, kami boleh mengutip sehingga satu tan cili bagi setiap lot tanah dan cili itu dijual terus kepada pemborong,” katanya ketika ditemui di ladang mereka di Kampung Hujung Bandar, Sik, Kedah, baru-baru ini.

Menurut Nasir, projek ini adalah kerjasama daripada agensi-agensi yang berada di bawah Kementerian Perindustrian dan Asas Tani seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di bawah MoA Inc.

Sebagai contohnya, MARDI memberikan khidmat nasihat dan input seperti baja, racun dan sebagainya dan membantu dari segi teknologi bagaimana mahu menghasilkan cili yang bermutu tingi.

Ujar Nasir, mereka memilih cili kerana menyedari ia merupakan sayuran jenis berbuah yang popular dan mendapat permintaan yang tinggi di pasaran walaupun harganya sentiasa turun dan naik kerana kemasukan cili daripada luar negara seperti daripada Thailand.

Katanya, sewaktu memulakan projek ini pada tahun 2004, harga cili mengalami kemerosotan yang teruk sehingga jatuh kepada RM1 sekilogram akibat lambakan cili daripada luar.

“Pada waktu itu, memang kami rasa sedih kerana pulangan yang diperoleh tidak berbaloi dengan kudrat kami kerana ia begitu sedikit sehingga kami terfikir untuk menarik diri.

“Namun kerana minat yang mendalam kami tetap teruskan dan semakin lama, harga cili semakin baik dan kini ia mencecah RM5.80 sekilogram dan ini boleh membuatkan kami tersenyum lebar kerana kesabaran kami tidak sia-sia,” katanya.

Projek yang memasuki fasa ketiga ini sedang dituai hasilnya setelah pokok cili variati 568 ditanam pada Di“sember tahun lalu.

“Setiap daripada kami diberi lot tanah masing-masing yang mana setiap seorang menjaga 3000 pokok iaitu 800 beg di bawah struktur pelindung hujan dan 2,200 beg secara terbuka tanpa pelindung hujan.

“Kaedah penanaman cili secara fertigasi memudahkan kerja kami di ladang dan memendekkan waktu kami di ladang kerana sistem pengairan dan pembajaan dilakukan melalui mikro tiub dan dijalankan secara automatik," ujarnya.

Katanya, mereka menggunakan medium tanaman yang terdiri daripada sekam wap yang diperoleh daripada kilang padi di sekitar Alor Star dan sekam bakar tersebut ternyata baik bagi pembesaran anak pokok cili.


Nasir memberitahu, pihak MARDI menggalakkan mereka untuk menanam cili jenis variati 568 kerana ia mempunyai bentuk buah seperti kulai dan mudah dipasarkan.


Selain itu, katanya, buah itu sangat pedas serta pokok mengeluarkan buah yang berterusan dan mula masak di peringkat empat pengeluaran buah iaitu 70-75 hari selepas dipindahkan ke ladang.


Tambahnya lagi, pokok cili varieti 568 juga mempunyai bentuk yang tegap dengan sistem pendahanan yang banyak, seimbang, kuat dan tidak mudah patah selain tidak memerlukan sokongan pada setiap dahan.

“Pokok yang sederhana tinggi dan mudah dipetik menjadikan varieti ini menjadi pilihan penanam dan jangkamasa pemetikan adalah panjang iaitu sehingga tiga bulan,” ujarnya.


Jelas Nasir, mereka menjalankan pemasaran cili sendiri di sekitar Kedah, Pulau Pinang hingga ke sekitar Lembah Klang.


Setakat ini katanya, hasil daripada penjualan cili tidak pernah menghampakan mereka dan tahun ini mereka menjangkakan akan beroleh keuntungan sekitar RM18,000 kerana harga cili meningkat di pasaran.

“Kami hanya memperuntukkan masa selama dua hingga tiga jam di ladang kami untuk memantau pokok-pokok cili.


“Masa yang selebihnya boleh digunakan untuk melakukan pekerjaan lain kerana masa muda inilah kita perlu bekerja kuat untuk masa depan,” katanya.


Menurut Timbalan Pengarah Program Pembangunan Usahawan MARDI, Khadzir Darus, pihaknya sentiasa mengalu-alukan sesiapa sahaja yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian dan keusahawan kerana ia boleh mendatangkan hasil yang lumayan kepada pengusahanya.

“Lihat sahaja enam anak muda di Sik yang mengusahakan tanaman cili secara fertigasi, mereka membuktikan anak kampung juga boleh berjaya dengan usaha sendiri.

“Malah mereka juga memberi peluang pekerjaan kepada penduduk kampung yang mengambil upah memetik cili di ladang mereka," katanya ketika melawat ladang Nasir dan rakan-rakannya di Sik baru-baru ini.


Menurut Khadzir, pihak MARDI juga sedang berbincang dengan Nasir dan rakan-rakan untuk memberikan peluang kepada mereka supaya mengikuti kursus dalam pembuatan sos cili supaya kepakaran mereka dalam tanaman cili boleh diperluaskan lagi.

 

Baca lagi -->  http://cilifertigasi-tips.blogspot.com/2009/12/info-cili-fertigasi-panduan-menyemai.html

Large Scale Fertigation technique.

Video seterusnya saya bawakan kepada anda teknik fertigasi yang digunakan di barat di dalam skala yang besar. Video ini mungkin ia dapat memberi gambaran sekiranya anda ingin memperbesarkan perniagaan fertigasi.

System HI10000 ini digunakan didalam rumah hijau di Amerika oleh syarikat HANNA instruments Fertigation System.

Model Setup untuk cili Fertigasi

Video ini adalah sekali lagi berkenaan cara untuk menyediakan Model Setup Cili Fertigasi anda diterangkan oleh pakar cili fertigasi Fitri Eddie.

Penerangan saudara fitri ini sangat berguna untuk anda fahami bagaimana memulakan proses asas/proses awal bagi penanaman cili fertigasi anda.

Cuma souund effect nya ada sedikit bunyi guruh :)



Baca artikel-artikel lanjut mengenai cili fertigasi di dalam blog ini.

Info Cili Fertigasi : Panduan Menyemai Benih Cili Fertigasi

Dalam video dibawah saya bawakan info berkenaan Panduan Menyemai Benih Cili Fertigasi
yang saya perolehi daripada youtube. Di dalam video ini 'pakar' kaedah fertigasi FitriEddie berkongsi berkenaan cara-cara menyemai Benih Cili Fertigasi.

Penerangan saudara Fitri ini dibuat dengan cara yang mudah difahami dan disusuli dengan praktikal. Jadi, sila saksikan video tersebut dibawah. :)



Di bawah ini saya bawakan frequently asked question F.A.Q berkenaan kaedah Tanaman Cili fertigasi.

SOALAN 1 : Tanah apakah yang bagus untuk tanaman cili fertigasi?

JAWAPAN : Gunakan campuran tanah yang agak longgar dgn bahan humus kerana tanaman cili tidak boleh menggunakan tanah yg menyimpan air terlalu lama terutamanya selepas pukul 6 pm.Ini kerana akar pokok cili memerlukan udara yg cukup utk pernafasan di waktu malam.Jika tidak,banyak bunganya akan gugur pada keesokan paginya kerana akar lemas & akan mengurangkan penghasilan buah.Bolehlah gunakan campuran tanah kompos/organik + arang sekam + sedikit pasir.

SOALAN 2 : Dimanakah anda boleh mendapatkan tanah yang dalam guni tersebut? Berapakah Anggaran kos untuk 1 ekar?

JAWAPAN : Tanah itu dipanggil peat-moss, khas untuk menyemai benih. Ia boleh digunakan sebagai media tanaman tetapi tak 'cost effective' sebab harganya ialah di antara rm28 ke rm35 untuk 1 beg/25kg (bergantung kepada supplier & peruncit). 1 beg boleh digunakan untuk menyemai sekurang-kurangnya 50 tray semaian (atau 5000 unit semaian). Ia boleh didapati di kebanyakan kedai2 pembekal peralatan pertanian atau kedai baja

Cili Fertigasi dari youtube

Saya bawakan kepada anda maklumat-maklumat/video multimedia yang telah disediakan berkenaan tanaman cili fertigasi yang saya kumpulkan dari youtube kepada anda.

Saya susun video-video cili fertigasi ini dalam susunan random, tanpa mengikut apa-apa turutan atau struktur. Mungkin video-video berkenaan perusahaan tanaman cili melalui kaedah pertanian fertigasi ini boleh memberi anda sedikit gambaran apa yang dimaksudkan dengan kaedah fertigasi dan ruang/tanah yang diperlukan untuk tanaman cili fertigasi tersebut.

Di dalam artikel yang seterusnya, saya akan menerangkan kepada anda mengenai saiz lot tanah yang optimum bagi penanaman cili melaui kaedah fertigasi dan perkaiannya dengan kos dan keuntungan yang bakal anda perolehi. Sebelum itu, saksikan video-video ini.

Terima kasih.

video cili fertigasi 1


Video Cili fetigasi 2

Cili Fertigasi Standard Operation Procedure - ESC?

Maklumat berkenaan Cili Fertigasi Standard Operation Procedure atau S.O.P/ Piawaian Operasi atau dengan ringkasnya kaedah pengurusan penanaman cili fertigasi ini ingin saya kongsikan dengan anda. Saya petik dari laman web www.cilifertigasi.com

Artileknya seperti berikut,

Cili Fertigasi Standard Operation Procedure (SOP) ESC adalah satu kaedah dan proses standard yang dibangunkan oleh Eastern Synergy Consultant dalam menjalankan dan mengurus ladang cili fertigasi. Cili-Fertigasi Standard Operation Procedure (SOP) ESC digunakan dalam usaha mencapai target hasil output cili yang berkualiti dan maksimum. SOP ini juga digunakan dalam mengurangkan risiko kegagalan projek cili-fertigasi.


Faedah CIli Fertigasi S.O.P kepada Anda:
1.Wang segera yang sangat lumayan.
2.Hasil pertama dalam masa 100 hari saja.
3.Hobi pertanian yang sangat menguntungkan.
4.Paling lumayan dalam masa singkat.
6.Teknik pertanian paling mudah dipelajari.
7.Boleh dibuat ditepi rumah atau tanah terbiar.
8.Tak perlu pekerja dan maintainance tinggi.
9.Boleh tanam pelbagai jenis sayuran selain cili.
10.Boleh tambah pendapatan.
11.Pinjaman mudah diatur bagi yang layak.
12.Senang, Mudah, Terbukti

Siapa Patut Terlibat adakah anda termasuk dalam golongan yang patut mengusahakan tanaman Ciri Fertigasi?
1.Graduan Menganggur
2.Petani yang ingin tambah pendapatan
3.Pesara-pesara
4.Belia-belia yang berminat dalam pertanian
5.Pekerja kerajaan dan swasta yang ingin tambah income.
6.Koperasi dan Pertubuhan
7.Sesiapa saja yang berminat.
8.Group yang akan berhenti kerja atau VSS dan tengah mencari peluang.
9.Syarikat yang memerlukan projek segera buat wang lumayan dalam pertanian.

Skim Pembiayaan Mudah
Benarkah semudah itu untuk mendapatkan pembiayaan dari institusi perbankan dan agensi-agensi berikut.

Berdasarkan pengalaman, bagi yang baru ingin bermula adalah sukar permintaan anda untuk mendapatkan pinjaman tanpa sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman.

Tetapi apa yang anda boleh lakukan adalah sebelum anda memohon sebarang pinjaman, dapatkan pertolongan untuk menyediakan kertas kerja berkenaan keseluruhan projek cili fertigasi anda termasuk berkenaan unjuran keuntungan, keluasan ruang tanaman, tempat dan potensi pemasaran yang meyakinkan anda dan institusi.

Pendek kata, pelan perniagaan tanaman cili fertigasi anda perlu disediakan terlebih dahulu.

Antara Agensi yang boleh membantu anda adalah,
AgroBank
MARA.
Amanah Ikhtiar Malaysia
TEKUN.
Koperasi
Persendirian
Ibu pejabat dan ladang utama;
Pusat Usahawan Tani Fertigasi
Bangunan DTC, Jalan Tanjung Bendahara,
05460 Alor Star, Kedah.

Temui saya dalam artikel seterusnya berkenaan tanaman Cili melalui kaedah fertigasi di link-link lain yang berkaitan.

Terima Kasih


Hubungi nombor berikut,

Cawangan KL:
Pusat Usahawan Tani Fertigasi
Greenwood, Gombak.
Tel: 017-3684868, 019-3544475

cili fertigasi? Bagaimana memulakannya?

Tanaman Ciri secara kaedah fertigasi dikatakan menguntungkan. Ianya juga dianggap mudah. Bagaimana untuk memulakannya?

Semasa saya membaca berkenaan cili fertigasi saya bertemu dengan laman web berikut. www.cilifertigasi.com yang ada menerangkan serba sedikit bagaimana untuk anda belajar dan turut serta dalam pernigaan yang cukup menguntungkan ini.

Sebelum kita pergi lebih lanjut, mari kita semak harga pasaran semasa bagi 1kg cili. Berdasarkan maklumat pasaran dan laman web tersebut, 1kilogram cili - sehingga Bulan Disember 2009 di Alor Star kini boleh dijual antara RM17.50 sekilogram. Manakala di Kuala Lumpur pula harga bagi satu kilo cili mencecah sehingga RM20 hingga RM25.00 bagi setiap kilogram cili.

Kalau anda tanya saya, harga ini dah tentu sangat menguntungkan memandangkan modal bagi satu pokok cili adalah serendah 2.00 dan dalam masa 100 hari anda bakal menuai hasil dari tanaman anda.

Untuk dapatkan lebih maklumat lanjut mengenai cili fertigasi, sila layari laman web ini dan lihat pautan-pautan dan artikel menarik yang kami sediakan untuk anda.

Terima kasih atas masa anda dan selamat melayari CiliFertigasi-tips.blogspot.com!

Ikhlas dari saya,
Shah
CiliFertigasi-tips.blogspot.com