Dalam video dibawah saya bawakan info berkenaan Panduan Menyemai Benih Cili Fertigasi
yang saya perolehi daripada youtube. Di dalam video ini 'pakar' kaedah fertigasi FitriEddie berkongsi berkenaan cara-cara menyemai Benih Cili Fertigasi.
Penerangan saudara Fitri ini dibuat dengan cara yang mudah difahami dan disusuli dengan praktikal. Jadi, sila saksikan video tersebut dibawah. :)
Di bawah ini saya bawakan frequently asked question F.A.Q berkenaan kaedah Tanaman Cili fertigasi.
SOALAN 1 : Tanah apakah yang bagus untuk tanaman cili fertigasi?
JAWAPAN : Gunakan campuran tanah yang agak longgar dgn bahan humus kerana tanaman cili tidak boleh menggunakan tanah yg menyimpan air terlalu lama terutamanya selepas pukul 6 pm.Ini kerana akar pokok cili memerlukan udara yg cukup utk pernafasan di waktu malam.Jika tidak,banyak bunganya akan gugur pada keesokan paginya kerana akar lemas & akan mengurangkan penghasilan buah.Bolehlah gunakan campuran tanah kompos/organik + arang sekam + sedikit pasir.
SOALAN 2 : Dimanakah anda boleh mendapatkan tanah yang dalam guni tersebut? Berapakah Anggaran kos untuk 1 ekar?
JAWAPAN : Tanah itu dipanggil peat-moss, khas untuk menyemai benih. Ia boleh digunakan sebagai media tanaman tetapi tak 'cost effective' sebab harganya ialah di antara rm28 ke rm35 untuk 1 beg/25kg (bergantung kepada supplier & peruncit). 1 beg boleh digunakan untuk menyemai sekurang-kurangnya 50 tray semaian (atau 5000 unit semaian). Ia boleh didapati di kebanyakan kedai2 pembekal peralatan pertanian atau kedai baja
Saturday, December 5, 2009
Info Cili Fertigasi : Panduan Menyemai Benih Cili Fertigasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Perlukah kita merendam benih cili 6-8 jam sebelum dipindahkan ke tray semaian?
ReplyDeleteSelepas semai adakah benih perlu dijemur terus di bawah cahaya matahari setiap hari atau dibiarkan di dalam plastik hitam sehingga bercambah?